Saturday, 26 August 2017

PENGURUSAN DIRI TAHUN 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera adik-adik

    Hari ini cikgu akan memberi penerangan mengenai tajuk matapelajaran kita iaitu pengurusan diri. Dalam matapelajaran ini, kamu akan belajar mengenai anggota badan, peralatan makan dan minum serta jenis pakaian.


ANGGOTA BADAN

            Baiklah murid-murid bagi tajuk pertama hari ini cuba kamu lihat diri kamu sekarang. Cuba sebutkan nama-nama anggota tubuh badan kamu. Cikgu yakin kamu dapat mengenal anggota tubuh badan kamu.






Cuba lihat pada gambar di atas. Ini adalah rupa tubuh badan kamu. Anggota badan dibahagikan kepada tiga iaitu bahagian kepala, bahagian badan dan bahagian kaki.

Bahagian kepala

  • Rambut
  • Telinga
  • Kening
  • Mata
  • Hidung
  • Mulut
  • Telinga
Bahagian Badan

  • Leher
  • Bahu
  • Lengan
  • Tangan
  • Dada
  • Perut
Bahagian Kaki
  • Paha 
  • Lutut
  • Kaki
  • Betis
  • Tumit
  • Jari kaki

PERALATAN MAKAN DAN MINUM



            Selain itu, kamu juga akan belajar tentang asas peralatan makan dan minum. Peralatan-peralatan ini sangat penting kerana kamu akan menggunakannya dalam kehidupan seharian kamu.



Mangkuk

Pinggan

Sudu

Garfu

Gelas


PAKAIAN

            Di samping itu, kita akan belajar tentang pakaian. Pakaian merupakan satu keperluan asas yang penting yang berfungsi sebagai alat melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan dan ancaman-ancaman lain. Jadi, cikgu harap kamu semua dapat memakai pakaian yang sesuai dengan kamu supaya kelihatan kemas dan cantik dipandang Berikut adalah contoh-contoh pakaian yang dipakai:





Baju T-Shirt Lelaki


Seluar Panjang

Seluar Pendek

Skirt

Baju Kemeja

Baju T-Shirt Perempuan

Kasut

Stokin

Selipar



              

No comments:

Post a Comment